Tuesday, July 21, 2009

26 September 2006-Club History- Sejarah Penubuhan Kelab

Kelab ini dinamakan Brotherhood Of Malaysian. Kelab ini telah ditubuhkan di alam cyber secara rasminya pada 26 September 2006. Pada masa tersebut ahli-ahlinya terdiri dari rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan forum pe@#da.org yang banyak menyimpan dan menyeleweng dari perjuangan.
Pada awalnya, kelab maya ini menggunakan alamat www.brotherhoodclub.tk. Tapi setelah berlaku beberapa kali kejadian godaman/hacking, forum di dot TK tersebut dibubarkan.
Kelab ini seterusnya beroperasi di www.brotherhoodclub.cjb.net . Beberapa aktiviti telah giat dijalankan oleh ahli-ahli dari serata Malaysia. Antara aktiviti yang paling menfdapat sambutan ialah acara T.T atau Teh Tarik. Dalam acara ini, satu sesi pertemuan di mana-mana lokasi seperti di restoran-restoran atau gerai=gerai makanan yang manjadi pilihan majoriti ahli untuk berkumpul dan berkenal-kenalan. Aktiviti-aktiviti lain adalah seperti majlis makan-makan dan perjumpaan antara zon, majlis perkelahan dan BBQ, aktiviti sukan dan rekreasi seperti perlawanan bowling, badminton, snooker, futsal, karaoke dan panitball. Terdapat juga aktiviti-aktiviti kebajikan seperti lawatan ke rumah anak-anak yatim dan sumbangan kepada badan-badan kebajikan.
Ahli-ahli kelab ini adalah dari seluruh negeri di Malaysia. Untuk kawalan aktiviti dan pergerakan, semua ahli-ahli setiap negeri dibahagikan mengikut zon seperti Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur.

No comments:

Post a Comment